Tuesday, October 13, 2015

Half way there, bros.

Assalamualaikum, ya sahabat :D
Lol.

Pada 9 Oktober yang lalu, tamatlah perjuangan kami di semester pertama sebagai penuntut asasi. Walaupun asasi je, jujur aku cakap, untuk aku yang pemalas nauzubillah ni sangat perit weh. So, apa yang aku nak cerita kat sini aku pun tak tahu.

Sepanjang 4 bulan (kot) satu sem kat uitm puncak alam tu, memang a lifetime experience. Banyak sangat-sangat-sangat pengalaman aku dapat. Banyak benda aku belajar. Banyak perubahan aku lalui. Terima kasih sangat-sangat kat semua orang yang selalu ada di sisi aku, tak kisahlah yang ada depan mata ataupun yang jauh di mata. Korang memang pendorong aku. Time susah senang selalu je ada. Ni yang macam terharu lain macam ni. Mata masuk habuk. Hahaha.

Nak cerita pasal pressure belajar. Like you all know(or not), aku cakap jujur aku ni paling malas belajar. Aku tak tahu kenapa tapi bila nak belajar tu macam kena sampuk saka malas. Time SPM tu aku rasa nasib je sebab banyak kbat. Kalau tak gred aku mesti penuh variasi. huhu. Lepastu dikaburi dengan orang cakap asasi ni senang je. Setahun je pulak tu. Kalau amek diploma 3 tahun, asasi setahun je pastu boleh sambung degree. Ahhh!! Itu semua dusta. Kau tahu tak betapa banyak kalinya aku fikir nak keluar asasi? Banyak. Tapi bila aku fikir balik kalau nak keluar asasi kena pulangkan duit elaun. Hmm, tak jadilah. Jadi, nak tak nak, aku teruskan jugak perjuangan aku. Susah pun tibai je lah.

Seumur hidup aku tak pernah-pernah kena panic attack. Masa final hari tu aku terkena. Masa nak jawab maths. 4 jam sebelum masuk dewan tiba-tiba jantung aku macam menubuk-numbuk dada mintak keluar. Mula-mula aku ingatkan kejap lagi oklah kot, tapi makin menjadi-jadi. Aku terus whatsapp mak aku. Aku baring kejap, golek-golek kejap pun tak jalan. Sampailah betul-betul 30 minit sebelum masuk dewan. Aku call mak aku. Sepanjang jalan dari kolej turun campus aku menangis bagai tiada hari esok. People were watching like 'Wth guurrrrrl. calm yo shit down there.'

But I ain't calmin mah shit.

Sampailah aku masuk dewan jawab maths mengalir-ngalir air mata. nombor semua dah kabur. First principle matrics differentiation semua aku dah tak nampak. Dok teringat mak ayah aku kat rumah terbayang-bayang kalau aku fail macam manalah agaknya. Haih. Tapi lepas paper maths tu aku ok lah. Kawan-kawan aku pulak yang kena. Yang aku ni pulak dah kena panic attack, tetibe kena last paper syndrom. Lol. Matilahnak. Dah lah tinggal paper chemistry dengan physics. Memang lalok.


Anywayyyyss....

Dekat palam aku tambah kawan lagi. Walaupun 4 bulan kenal rasa macam dah kenal selama-lamanya. Like, kejadian jadikan gambar aku yang paling tak senonoh jadi group icon whatsapp. And that was like 3 days after kenal. Sumpah si bulan ni kuaja. Hahaha.

Seriously I'm gonna miss palam. Tiap pagi tunggu bawah block, kejadian selepas test 1 di mana kitorang buat satu perjanjian di depan sebatang pokok tepi bukit; but screwed test 2 anyway, kacau-kacau orang dalam dewan kuliah, especially maza dgn chong, and .... melaka :') That is the highlight sepanjang aku masuk palam. Everything was so significant. It was just a great experience for me. I'm looking forward to the second semester. Hopefully dapat sambung and hopefully sama class. Amin.

So, I just want to thank everybody who's there for me. Thanks sebab layan je drama tah pape aku. Yang ada dengan aku in real life or via whatsapp xD I appreciate you guys a lot. You're one of the best gift.
Lol. Love you guys.


Forever yours,
Syahir(a)

No comments:

Post a Comment