Friday, May 29, 2015

Hm.

Hi muchachos.

What a lovely day -.- Nope.

So, siapa kat sini anak sulung angkat tangan! *angkat tangan* Well, then. You're most probably familiar with this line when it's your sibs fault but then you're the one who got into trouble: "Kakak/Abang kan yang paling tua. You should know better."

-.-

Well, hm. Fine.

I don't know lah about other sulungs. But, for me... I'm doing fine. Cuma kadang-kadang tu pressure weh. I mean, apa pun kita buat, my sisters look up to me. Sometimes they idolize me (dalam bidang tertentulah). So aku kenalah jadi yang thorbaik kan. Dalam banyak-banyak benda aku adalah kakak yang paling teramat pantang sekali kalau adik-adik aku tak hormat mak ayah. I'm not saying they are not respecting my parents, but if they do (in the future) I'd turn into a she-hulk. Paling pantang. Because my parents would literally sacrificed everything for their amazing kids (mostly me), so aku tak nak adik-adik aku kurang hajor ngan mak ayah aku. K, gais?

Oleh sebab yang demikian, aku ni sedaya upaya jadi contoh manusia yang baik kepada adik-adik. And that's the problem. Hadeh. My family can be a bit criticizing. Well, they criticize everything. I'm used to that. (Note to future husband: Bersabarlah.) Bila diorang cakap apa-apa pun aku diam je. Dulu masa zaman asyik nak rebel je (13, 14 maybe), aku mesti nak menjawab. Mesti ada je aku nak gaduhkan. Like when they ask about my friends and told me to be more like them but they just don't know how retarded are my friends then I would attempt to explain. But of course they would never listen. So daripada itu, aku belajar bahawa "Silence is golden."

Now, I would just shut my mouth dan terima sahaja apa diorang cakap. Bila diorang tanya aku lebih gemar jawab "Tak tahu." because the story ends there. Tapi mestilah disertakan "Asal tanya je tak tahu. Semua tak tahu. Macam mana nak berjaya kalau semua tak tahu?" Then this is where I usually attempt my fake laugh like it was a joke but really, I'm dying inside.

And I know i can be careless and clumsy sometimes. I mean, biasalah, manusia. Tapi dulu masa aku kecik2 aku memang pelupa. Letak barang sepah sikit, lupa. Sekarang aku dah besar. Lupa sikit-sikit biasalah kan. Tapi manusia ni hmmm... orang kata seribu kali buat baik orang tak pandang tapi buat salah sekali diingat sampai mati. Dih kan? Well, I do admit I put my shitload of craps here and there tapi aku tahulah mana aku simpan. Aku tak tahu tu bila orang lain alihkan. Bila aku misplace pun nanti2 aku jumpa balik.

Ceritanya, aku dah nak masuk u. Tapi semua orang benci aku. Not literally. I mean, semua orang risau sangat aku lupa ni lupa tu. It hurts you know. I feel stabbed. Bayangkan I get this almost every fucking day "Kakak tu bukan boleh percaya. Letak barang selalu sepah-sepah.Nanti semua benda hilang. Dah lah tak reti basuh baju, tak reti basuh kasut, tak reti kemas katil, tak reti kemas bilik, tak reti gosok baju, tak reti lipat baju, tak reti nak simpan barang, semua benda tak reti.  Kalau adik boleh peraya sikit." Tapi aku malas nak panjangkan cerita kan, aku diam je lah. Like my head is screaming but I just kept my mouth zipped all the way. I know what I'm doing. That's all.

Bear with me guys.

Lepastu masa tu ada satu issue aku tak active dalam sports -.- Haih. Family aku active sports. Atok aku main rugby, football, lumba lari. Nenek aku lumba lari, netball. Mak cik aku amek sains sukan. Mak aku terer netball. Ayah aku tak payah cakaplah, tennis, futsal, football, rugby semua campak kat dia pun dia boleh main. Tapi aku, malangnya dilahirkan dengan kaki yang panjang tapi tak terer sebenda pun. Tapi tu lah kan, they never knew what I've been through masa kat sekolah. Aku masuk itu ini diorang mana pernah tahu. Cikgu pun bukan pernah nak cerita apa-apa. Dok sebok cerita aku tak siap kerja sekolah. Aku pernah jadi ajk this and that. Selalu keluar class sampai kena marah dengan cikgu. Stay sekolah setiap petang. Makan nasi putih dengan kari banjir tiap hari. Kari dahlah cair. Dapat anugerah aktif koko. But I guess I'm not good enough.

Tapi takpe. Aku diam lagi. Nanti bila aku cerita diorang kata benda-benda aku masuk tu tak ada faedah aku jugak yang sakit hati. Sebab tu aku diam. Aku bising lagi berpanjangan nanti cerita.

So, dah lama-lama aku pendam, mestilah nak luah. Aku rasa nasib baiklah aku ada kawan-kawan aku. Diorang je lah yang sanggup dengar luahan cerita aku tanpa judge aku. I can be my true self when I'm with them. They were there even at the shittiest time. So bila aku tengah dalam mode diam masa kena judge dengan orang lain, aku bukak phone, aku cerita semuanya. Well, kitorang memang tak selalu jumpa so selalu whatsapp je. And everytime aku sedih and I told myself to find my happy place, I would immediately imagine our whatsapp conversation. Lol. That's weird.



I'm not saying I don't love my family or lebihkan kawan daripada family. Tapi, you know, you'll have ups and downs. Dengan kawan pun kdg2 ada ups and downs. Chill k. 


Lots of love,
Syahira.

Oh, and, siapa masuk palam, Hye. 

No comments:

Post a Comment